Sunday, April 19, 2009

Soal jawab agama 1

Soalan:
Bagaimanakah hukumnya seseorang itu mendirkan solat tanpa bersuci sampai salam?

Dan bagaimanakah caranya yang dikatakan bersuci sampai salam?

Jawapan:
Bersuci merupakan perkara yang mustahak diketahui oleh setiap individu muslim, kerana ianya merupakan kewajipan seseorang terhadap dirinya sendiri dan terhadap Allah SWT. Firman Allah SWT maksudnya: "Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertaubat dan menyukai orang-orang yang menyucikan diri".
(Al Baqarah - 222) Bersuci dapat dibahagi kepada dua iaitu bersuci daripada hadas, ini hanya tertentu pada bahagian badan, seperti mandi wajib, berwuduk dan tayammum. Kemudian bersuci daripada najis, ini berhubungan dengan badan, pakaian dan tempat. Jadi jika seseorang itu tidak bersuci ketika mengerjakan solat bererti solatnya tidak sah dan sia-sia sahaja.

No comments:

Post a Comment