Sunday, April 19, 2009

Mutiara kata 2

Kecantikan yang abadi
terletak pada
keelokkan adab dan ketinggian ilmu
seseorang,
bukan terletak pada
wajah dan pakaiannya.

(Hamka).

CIRI PELAJAR BERJAYA

1. Taat pada perintah Allah.
2. Menunaikan solat.
3. Sentiasa menjaga adab dan akhlak sama ada dari segi pertuturan atau perbuatan.
4. Sentiasa menutup aurat dengan sempurna.
5. Hormati guru dan ibubapa.
6. Sentiasa bersedia untuk belajar seperti membawa Buku Teks dan alat tulis.
7. Diam dan sentiasa beri tumpuan pada pembelajaran guru.
8. Tidak tangguh kerja sekolah yang diberi.



CIRI PELAJAR SUSAH NAK BERJAYA


1. Tidak taat dengan perintah Allah.
2. Sentiasa meninggalkan solat
3. Tidak menutup aurat dengan sempurna
4. Selalu tinggal Buku Teks dan alat-alat tulis
5. Tiada tumpuan semasa pembelajaran bersama guru
6. Suka lepak, merayau dan berbual-bual di tempat-tempat kotor dan tempat tinggal syaitan seperti tandas dan tempat-tempat sunyi.

10 SEBAB DOA TIDAK MAKBUL

Dari Syaqiq Al Balkhi berkata :"Suatu hari Ibrahim Bin Adham (Abu Ishaq) berjalan di pasar Basrah lalu ia dikelilingi oleh orang ramai dan mereka bertanya kepadanya :

"Ya Abu Ishaq, Allah berfirman; bermaksud "Mintalah olehmu sekelian kepada Ku nescaya Aku kabulkan."

Dan kami telah satu tahun berdoa dan doa kami belum dikabulkan !". Ibrahim bin Adham menjawab : "Bagaimana Allah hendak mengkabulkan doa kamu sedangkan hati kamu tertutup oleh 10 perkara".

1. Kamu telah mengetahui Allah tetapi belum tunaikan haq-haqNya.

2. Kamu telah membaca Al-Quran tetapi tidak melaksanakan tuntutannya.

3. Kamu telah mengetahui syaitan sebagai musuh tetapi masih mentaatinya dan menyetujui seruannya.

4. Kamu menyatakan kamu umat Muhammad s.a.w tetapi tidak mengerjakan sunnahnya.

5. Kamu mengatakan dirimu akan masuk syurga tetapi tidak mengerjakan apa-apa amalan yang akan membawamu ke Syurga.

6. Kamu mengatakan dirimu selamat dari neraka tetapi ternyata kamu memasukkan dirimu kepadanya.

7. Kamu mengatakan mati adalah benar tetapi tidak bersiap-siap menghadapi mati.

8. Kamu sibuk meneliti aib atau cacat teman-temanmu tetapi tidak pernah melihat aibmu sendiri.

9. Kamu telah makan dan merasakan nikmat Tuhanmu tetapi tidak mahu bersyukur kepadaNya.

10. Kamu telah menguburkan mayat-mayat rakanmu tetapi tidak mengambil pengajaran dari mereka.

Soal jawab agama 2

Tertidur Waktu Solat Subuh

Soalan:
Saya mendengar ada orang mengatakan kalau kita terlewat bangun waktu Subuh lalu waktu Syuruk telah lepas, kita boleh terus sembahyang Subuh tanpa perlu niat Qadha'. Betulkah Ustaz? Kalau boleh Ustaz tolong jelaskan?


Jawapan:

    Jika kita terlewat waktu subuh kerana tertidur, sedangkan waktu syuruk telah lepas ataupun matahari telah terbit, maka ketika terjaga tersebut segeralah mengerjakan solat Subuh. Tidak perlulah kita berniat qadha', sebab terlepas sesuatu hukuman tersebut lantaran bukan sengaja. Namun jika kita mengetahui telah masuknya waktu subuh tetapi kita meneruskan tidur, maka perkara ini jelas berdosa.

Buletin Islam Siri 2

Assalamualaikum wrt. Wbth

Begitu cepat masa berlalu, kini kita telahpun memasuki bulan April dan kemudian Mei….bagi pelajar yang prihatin tentulah sentiasa ingat dan sentiasa membilang hari -

Ya ! Hari-hari penting bagi seorang yang bergelar pelajar… Peperiksaan Pertengahan tahun….yang kian hampir...
Apakah kita semua sudah bersedia untuk menghadapinya ?
Atau masih leka dalam berkawan dan mencari pasangan cinta monyet??
Apakah kita masih meneruskan hobi rayau tanpa tujuan atau sudah insaf ?
Apakah kita masih suka melepak di tepi-tepi tembok sekolah menjual sambil menjaja-jaja muka tanpa menghiraukan rakan atau guru yang menegur ???


Oh ! Sudah tentu tidak lagi!!
Ya Allah berikanlah aku petunjukMu… Aku hadir ke sekolah untuk menuntut ilmuMu melalui para guruku, Aku hadir ke sekolah untuk melaksanakan tanggungjawabku sebagai pelajar yang Engkau kurniakan akal untukku manfaatkan, Aku hadir ke sekolah sebagai bukti aku amat menyayangi ibu dan ayahku yang sentiasa mendoakan keselamatanku dan amat mengharapkan kejayaanku.

Maka bimbinglah aku Ya Allah...Berikanlah aku kesedaran dan keinsafan kerana hanya Engkaulah yang berkuasa untuk membuka hatiku untuk menjadi insan soleh … Amin... - Editor .

Mutiara kata 1

Tidak ada simpanan yang lebih berguna daripada ilmu.

Tidak ada sesuatu yang lebih beruntung daripada adab.

Tidak ada kawan yang lebih bagus daripada akal.

Tidak ada benda ghaib yang lebih dekat daripada maut.

Tauladan : Al-Quran sebagai Pembela

Abu Umamah r.a. berkata : "Rasulullah S.A.W telah menganjurkan supaya kami semua mempelajari Al-Qur'an, setelah itu Rasulullah S.A.W memberitahu tentang kelebihan Al-Qur'an." Telah bersabda Rasulullah S.A.W : Belajarlah kamu akan Al-Qur'an, di akhirat nanti dia akan datang kepada ahli-ahlinya, yang mana di kala itu orang sangat memerlukannya."


Ia akan datang dalam bentuk seindah-indahnya dan ia bertanya, " Kenalkah kamu kepadaku?" Maka orang yang pernah membaca akan menjawab : "Siapakah kamu?"Maka berkata Al-Qur'an : "Akulah yang kamu cintai dan kamu sanjung, dan juga telah bangun malam untukku dan kamu juga pernah membacaku di waktu siang hari."


Kemudian berkata orang yang pernah membaca Al-Qur'an itu : "Adakah kamu Al-Qur'an?" Lalu Al-Qur'an mengakui dan menuntun orang yang pernah membaca mengadap Allah S.W.T. Lalu orang itu diberi kerajaan di tangan kanan dan kekal di tangan kirinya, kemudian dia meletakkan mahkota di atas kepalanya.


Pada kedua ayah dan ibunya pula yang muslim diberi perhiasan yang tidak dapat ditukar dengan dunia walau berlipat ganda, sehingga keduanya bertanya : "Dari manakah kami memperolehi ini semua, pada hal amal kami tidak sampai ini?"
Lalu dijawab : "Kamu diberi ini semua kerana anak kamu telah mempelajari Al-Qur'an."